350 Animated Soccer Drills, Management, Evaluation & Reports

JANGAN LUPA!

ID BLOG INI A0003.

Jika anda ingin menjadi RAKAN BLOGGER MECTEN sila jadikan ID penaja anda A0003.

Wednesday, July 29, 2009

Raj 2009


Dia ni Raj, kadang-kadang Coach panggil 'Si Raj'. Tinggi lampai orangnya. Fasih cakap Melayu, dan, ramai kawan-kawan Melayu. Raj pun pandai baca doa sebelum belajar dengan doa selepas makan. Budak-budak perempuan pun ramai kawan dengan dia. Nama penuh dia Raywindran Raj, ayah dia Lincoln.

Raj pandai. Dia buat tusyen untuk kanak-kanak sekolah rendah di rumah ibubapanya di Blok B, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota Bangi, Selangor.

Cita-cita dia hendak jadi Jurutera Kapalterbang, dia hendak merekacipta kapalterbang.

Raj sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan dalam tingkatan dua.

Dalam pasukan kami, Raj suka bermain dibahagian pertahanan kiri atau kanan. Kadang-kadang dia juga main penyerang kanan dan cuba menjaringkan gol. Pasukan kegemaran Raj ialah pasukan Real Madrid dan dia minat Frank Lampard dari kelab Chelsea.