350 Animated Soccer Drills, Management, Evaluation & Reports

JANGAN LUPA!

ID BLOG INI A0003.

Jika anda ingin menjadi RAKAN BLOGGER MECTEN sila jadikan ID penaja anda A0003.

Wednesday, July 29, 2009

Angah 2009


Semua orang panggil dia Angah, tapi dia bukan adik beradik Along. Nama penuh dia ialah Amirul Syazwan Umar. Angah ialah penjaga gol pasukan kami. Angah minat pasukan Manchester United dan penjaga gol pasukan itu, iaitu Ed Van der Sar.

Umur Angah 14 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan dalam tingkatan dua.

Angah tinggal bersama keluarganya di Blok D, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota Bangi, Selangor.

Angah bercita-cita hendak menjadi seorang Pegawai Polis yang berwibawa dan berkhidmat untuk menjaga keamanan negara.

Buat masa ini Angah belum ada kasut bola kerana harganya mahal. Mungkin tak lama lagi, dia akan dapat kasut bola yang sesuai dengan posisinya sebagai penjaga gol.