350 Animated Soccer Drills, Management, Evaluation & Reports

JANGAN LUPA!

ID BLOG INI A0003.

Jika anda ingin menjadi RAKAN BLOGGER MECTEN sila jadikan ID penaja anda A0003.
Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

Muhammad Danish 2009


Ini adalah Muhammad Danish Asraf bin Rusni. Umur Danish 13 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Taman Semarak, Nilai, Negri Sembilan. Danish bercita-cita menjadi Juruterbang.

Dia bermain di posisi tengah. Kadang-kadang Danish bermain sebagai penjaga gol dalam pasukan kami. Pemain pilihannya ialah Wayne Rooney dari England dan kelab Manchester United, dan Van der Sar dari kelab yang sama.

Sunday, August 9, 2009

JoJo 2009

Ini Jo Jo. Nama dia kena sebut dua kali Jo. Nama penuh dia Muhd Johar Johari Muhamad. Umur Jo Jo 16 Tahun. Jo Jo sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husin, Semenyih, Selangor.

Adik-beradik Jo Jo ada 9 orang dan ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Mereka sekeluarga tinggal di blok G, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota Bangi.

Jo Jo sangat minat dengan bolasepak dan dia bercita-cita untuk menjadi pemain negara pada satu hari nanti. Jo Jo sukakan kelab Manchester United dan bekas pemain kelab itu, C. Ronaldo.

Jo Jo bermain pada posisi tengah dan penyerang dalam pasukan kami.

Wednesday, July 29, 2009

Angah 2009


Semua orang panggil dia Angah, tapi dia bukan adik beradik Along. Nama penuh dia ialah Amirul Syazwan Umar. Angah ialah penjaga gol pasukan kami. Angah minat pasukan Manchester United dan penjaga gol pasukan itu, iaitu Ed Van der Sar.

Umur Angah 14 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan dalam tingkatan dua.

Angah tinggal bersama keluarganya di Blok D, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota Bangi, Selangor.

Angah bercita-cita hendak menjadi seorang Pegawai Polis yang berwibawa dan berkhidmat untuk menjaga keamanan negara.

Buat masa ini Angah belum ada kasut bola kerana harganya mahal. Mungkin tak lama lagi, dia akan dapat kasut bola yang sesuai dengan posisinya sebagai penjaga gol.